WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 26 September 2011

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

SOALAN : Rakan akrab anda yang tinggal di luar negara telah mengutuskan surat kepada anda untuk mengetahui maklumat tentang pelancongan akua di negara anda. Balaslah surat tersebut.

Kepayan Ridge,Blok A9,
Lot 13, Tingkat Bawah,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.

4 Febuari 2011.

Menemui sahabatku Cathy yang berada di Amerika Syarikat. Semoga saudari sekeluarga sihat walafiat di sana. Saya sekeluarga di Malaysia sihat sahaja.

Saudari,
     Surat saudari yang bertarikh 27 Januari 2011 telah selamat saya terima. Ya, Apa khabar saudari sekeluarga di Dallas, Amerika Syarikat? Bagaimana dengan pencapaian akademik saudari di sana? Sudah pasti cemerlang, bukan? Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana meminati  tempat-tempat perlancongan akua di Malaysia.

     Berbalik kepada pertanyaan saudari tentang perlancongan akua di Malaysia, saya akan memperkenalkan Pulau Manukan di Sabah,Malaysia. Di sana saudari akan mendapat peluang untuk menyelam skuba yang pelancong asing sering ingin mencuba. Selain itu, saudari juga berpeluang untuk bermain jet ski, ski airdan lain-lain lagi. Sememangnya saudari pasti tidak akan melupakan pengalaman di sana nanti.

     Selain Pulau Manukan, Pulau Tioman yang terletak di neger Johor merupakan antara pulau yang menarik di Malaysia. Saudari sudah pasti akan terpegun dengan keindahan pemandangan di dasar laut mahupun di pantainya. Saudari juga dapat berjumpa dengan spesies akuatik yang mempesonakan. Aktiviti menyelam, berkayak, menaiki jet ski sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing mahupun tempatan.

     Di samping itu, Pulau Sipadan juga antara perlancongan akua yang menarik disebabkan keindahan semula jadi pulaunya serta tumbu karang yang unik. Pulau Sipadan pernah dicalonkan dalam '7 Wonders of the World'. Disebabkan ini, pulau ini kini menjadi tumpuan hangat pelancong asing dan juga pelancong tempatan. Saya jamin saudari pasti akan menikmati seluruh pemandangan di sana.

Sampai di sini sajalah untuk kali ini. Salam daripada saya dan keluarga. Ingin juga mengirimkan salam kepada keluarga saudari di sana. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Dexter

(Hasil karangan daripada Dexter Nathaniel, SM La Salle)