WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 23 April 2012

Karangan Perbahasan

Soalan: Anda diberi peluang menyertai satu pertandingan perbahasan di sekolah anda. Tajuk perbahasan tersebut ialah "Perubatan Tradisional Mendatangkan Kesan Yang Buruk Kepada Pengguna". Sediakan huja-hujah anda untuk membahas tajuk ini.

      Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, barisan juri yang arif lagi bijaksana, tuan penjaga masa yang peka dengan masa, pihak pencadang yang mencadang yang turut saya hormati, guru-guru serta murid-murid sekalian. Selamat pagi, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia, berdirinya saya di sini adalah untuk membahas tajuk perbahasan kita pada hari ini, "Perubatan Tradisional Mendatangkan Kesan Yang Buruk kepada Pengguna". Saya sebagai selaku pihak pembangkang sepenuhnya tidak bersetuju dengan takut kita hari ini.

Sidang dewan sekalian,
     Saya ingin menukar tajuk kita hari ini dengan izinnya kepada "Perubatan Tradisional Mendatangkan Kesan yang Baik kepada Pengguna". Perubatan tradisional masih mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Hal ini disebabkan permintaan bagi mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Para pengguna masih lagi percaya bahawasanya ia mujarab serta boleh menyembuhkan luka dengan cepat. Secara tidak langsung, perubatan tradisional tidak kalah dengan tarafnya perubatan yang moden. Justeru, perubatan tradisional mendatangkan lebih kesan yang baik kepada pengguna daripada yang buruk.

Sidang dewan sekalian,
     Tahukah anda kebanyakan perubatan tradisional ini mempunyai antibiotik semula jadi? Perubatan tradisional lazimnya menggunakan akar kayu, rempah-ratus dan herba yang diproses tanpa bahan kimia. Hal ini boleh membuka mata masyarakat bahawa perubatan tradisional ini boleh menyembuh luka-luka terutamanya yang tidak dapat disembuhkan melalui perubatan moden. Sekali lagi perubatan tradisional ini memberi kesan yang positif kepada para pengguna.

Hadirin sekalian,
     Ramai wanita zaman sekarang sensitif akan kecantikan luaran mereka agar masyarakat dapat menerima mereka seadanya. Perubatan tradisional seperti yang dibahaskan tadi masih lagi dipercayai ramai kerana penggunaan untuk kesihatan tidak menyakitkan serta menggelikan. Bahan-bahan seperti jintan, zaitun dan rumput serani boleh diggunakan dalam rawatan kecantikan terutamanya di bahagian muka. Hal ini sepenuhnya menjadi bahan bukti yang kukuh bahawa perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik kepada pengguna.

     Kesimpulannya, tajuk kita pada hari ini wajar ditolak kerana perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik juga. Saya berharap masyarakat di luar sana tidak menggangap perubatan tradisional ini menggunakan ilmu hitam. Sebaliknya, ia lebih menggunakan bahan-bahan yang seperti akar kayu, rempah ratus dan herba yang mempunyai antibiotik untuk badan kita. Saya sarankan agar masyarakat mencuba perubatan tradisional bagi membuktikan saya yang perubatan tradisional ini mendatangkan kesan yang buruk atau baik.

(Hasil karangan daripada Dexter Nathaniel, SM La Salle)