WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 22 May 2012

Karangan Keperihalan

Anda dan keluarga and berpeluang melawat ke sebuah negeri di Malaysia. Lawatan itu telah banyak meninggalkan pengalaman dan pengetahuan yang berguna pada anda.


Perihalkan pengalaman tersebut.

     Hari ini bermulanya cuti persekolahan penggal yang pertama. Saya sangat gembira sekali kerana hari ini juga masa untuk saya sekeluarga bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur. Pesawat kami telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kami teurs mencari bas ekspres ke Alor Setar kerana destinasi perlancongan kami yang utama adalah Pulau Langkawi. Kami akan berada di sana selama 5 hari 4 malam.

     Sebaik sahaja kami sampai di Alor Setar, kami bertanya dengan penduduk di sana di mana terletaknya jeti yang ada feri ke Pulau Langkawi. Kamu pun beli tiket dan menaiki feri yang bernombor AS005. Kami pun telah melangkah masuk ke tanah Pulau Langkawi dengan begitu rasa kagum dengan suasananya yang indah. Saya tidak tahu langsung yang ibu bapa saya telah membayar pemandu pelancong di sana sebelum kami sampai. Dia seorang yang agak peramah. Dia menjemput kami di jeti dan membawa kami ke bas yang khas untuk kami di sepanjang lawatan di sana.

     Bas itu telah membawa kami ke Hotel Pulau Langkawi. Malangnya, hotel itu tidak mempunyai bilik lagi. Betapa bertuahnya kami apabila hotel di seberang jalan mempunyai bilik untuk kami tinggal selama 5 hari 4 malam. Kami mendaftar masuk di sana dan biliknya tidak kalah dengan kualiti dengan Hotel Pulau Langkawi. Kami pun naik bas untuk menuju ke tempat lawatan kami iaitu Galeria Perdana Dato' Mahathir.Begitu indah permandangan di sepanjang perjalanan kami ke sana.

     Setibanya kami di sana, pemandu pelancong kami menerangkan segala maklumat tentang penubuhan galeria ini. Kami pun membeli tiket masuk dan masuk dengan kamera sedia di tangan. Selangkah saja kami masuk, perasaan kagum itu timbul apabila kami melihat kereta-kereta yang pernah digunakan oleh Dato' Dr. Mahathir Mohammad. Bukan itu sahaja, koleksi set sudu dan garfu milik Dato' Dr. Mahathir juga dipamerkan. Model rumah beliau semasa kecil juga dipamerkan. Kunjungan kami begitu bertuah kerana ada persembahan di sana.

     Kami juga dibawa ke Muzium Mahsuri yang akan menjelaskan tentang sejarah Mahsuri. Kami telah dibawa ke sebuah auditorium yang mereka akan persembahkan lakonan semula tentang kehidupan Mahsuri dari awal sehingga ke nafas terakhirnya. Lakonan yang begitu dramatik dan sedih sehingga menambat hati kami sampai ada daripada kami menitis air mata. Selepas itu, kami juga telah pergi ke Underwater World Langkawi. Di situ, mereka membela penguin yang begitu comel serta haiwan dalam air yang pelik namun masih cantik di mata seorang artistik.

     Masa 5 hari 4 malam kami sudah pun tamat di Pulau Langkawi. Perasaan sedih bercampur dengan gembira ketika mengemaskan barang untuk pulang ke Sabah. Saya tahu lawatan kami ke Pulau Langkawi ini sudah pasti memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kami sudah pasti ingin melawat ke Pulau Langkawi lagi di suatu hari. Ini bergantung kepada bajet tahunan kami. Saya akan selalu mengingati saat saya menonton lakonan semula Mahsuri yang begitu dramatik.

(Hasil karangan daripada Glenian Walker, pelajar SM La Salle)