WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 26 February 2013

Karangan Pendapat

SOALAN: Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat kita lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

      Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia ke seluruh empat penjuru dunia tentang isu menjaga menjaga kebersihan tanggungjawab semua pihak. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai tanggungjawab kita.

      Individu yang sihat mentalnya akan menggunakan tong sampah untuk membuang sampah. Menurut kamus, definisi tong sampah sudah jelas mengatakan ia adalah tempat untuk sampah dibuang. Mengapa pula masih ada yang membuang sampah merata-rata? Inilah yang selalu menjadi persoalan yang bermain dalam fikiran kita. Kita akan rasa tenang fikiran jika lihat persekitaran kita lebih bersih. Oleh itu, kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebersihan degan menggunakan tong sampah dengan betul.

      Selain itu, kerjasama adalah tulang belakang kepada perpaduan dalam masyarakat. Aktiviti gotong-royong patut diadakan bagi membersihkan persekitaran justeru mengeratkan hubungan silaturahim. Hal ini dapat menjaminkan suatu masyarakat itu ketenangan semua. Kita janganlah berharap kepada orang lain untuk membersihkan suatu tempat justeru kita harus turut bersama-sama melakukannya. Oleh itu, tanggungjawab masyarakat akan kebersihan persekitaran adalah penting dengan melakukan aktiviti gotong-royong.

      Di samping itu, kuasa yang ada dalam tangan haruslah digunakan dengan cermat kerana kekuatan suatu organisasi bermula dari atas. Hal ini menjelaskan kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang tentang kebersihan. Penguatkuasaan undang-undang ini sangat penting dalam merealisasikan tempat yang lebih nyaman. Masyarakat juga perlu mematuhi undang-undang yang diberi bagi memastikan tidak berlakunya masalah dalam kebersihan lagi. Oleh itu, peranan kerajaan dengan penguatkuasaan undang-undang sangat penting dalam menjaga kebersihan.

      Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing. Kita janganlah bersikap enau dalam belukar kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat mahupun kerajaan sangat penting bagi menjaga kebersihan persekitaran kita.

(Hasil karangan daripada Dexter Nathaniel, SM La Salle Kota Kinabalu)