WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 19 February 2012

Karangan Keperihalan

SOALAN: Anda sedang belajar di rumah. Tiba-tiba rumah jiran anda terbakar. Anda membuat sesuatu untuk menolong. Gambarkan peristiwa itu.


     Peperiksaan sudah semakin dekat. Aku seperti biasa mengulang kaji di rumah. Ibu bapaku masih lagi belum pulang dari kerja. Aku trhidu sesuatu bau yang menunjukkan sesuatu kebakaran sedang berlaku. Tiba- tiba, asap berkepul-kepul di luar rumah. Betapa hairannya dalam fikiranku. Aku terus menjenguk di luar jendela. Ternyata rumah jiranku terbakar hebat.

     Aku terus bergegas keluar dengan perasaan yang panik. Dalam bergegas keluar, aku sempat menghubungi pihak berkuasa. Aku melihat ramai orang berkumpul menolong memadamkan api yang semakin merebak itu.  Aku juga turut menolong memadamkan api yang garang. Bomba dan ambulans kelihatan semakin dekat. Cuaca yang panas menyukarkan kami memadamkan api.

     Bomba dan ambulans pun menyediakan alatannya bagi memadamkan api itu. Dalam pada masa itu, aku menlefon ibu bapaku untuk menyampaikan berita tragik ini kepada jiran kami. Lebih kurang 40 minit berlalu, api yang garang itu sudah pun habis dipadam. Jiranku akhirnya sampai ke rumahnya dengan perasaan hampa dan kecewa melihat harta benda mereka musnah habis akibat kebakaran itu.

     Wartawan dan para pemberita datang ke tempat kejadian dengan  perasaan ingin tahu. Mereka menyoal setiap saksi kejadian ini. Jiran kami juga turut disoal. Betapa sukarnya menggambarkan perasaan mereka apabila mereka disoal tentang rumah mereka yang terbakar ini. Penduduk semua pun balik ke rumah mereka masing-masing.

     Jiranku mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah memberitahu mereka dengan secepat mungkin. Ibu bapaku juga turut bangga dengan tindakanku. Jiranku memberikan sebungkus wang kepadaku namun aku menolak duit itu kerana aku melakukan ini dengan ikhlas. Jiranku telah dibawa ke balai polis untuk menyiasat punca rumah mereka terbakar. Aku pun balik ke rumah bersama ibu bapaku. Aku menyambung balik ulang kaji yang terhenti.


(Hasil karangan daripada Mathew Alfred, SM La Salle)

1 comment: