WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 19 February 2012

Karangan Keperihalan

SOALAN: Tulis sebuah karangan untuk menceritakan aktivti yang anda lakukan semasa cuti sekolah.


     Pada cuti akhir tahun, saya dan kelurga saya telah banyak pergi ke banyak tempat . Begitu banyak aktiviti yang telah kami berlaku bersama-sama. Aktiviti yang kami lakukan ini juga untuk kebaikan sesama serta merapatkan hubungan yang lebih mesra. Kami telah melakukannya penuh kegembiraan walaupun ada yang menghalang kami.

     Pada minggu pertama, kami telah sampai ke destinasi kami kerana sudah lama dirancang untuk melawat sepupu saya di Filipina. Saya dan kakak saya sangat gembira. Di lapangan terbang, kami dibawa oleh Mak Long dan suaminya. Saat kami sampai ke rumah mereka, sepupu saya menyambut kami penuh gembira dan mesra. Mereka menolong kami meletakkan barang-barang kami di bilik yang mereka sediakan.

     Dalam pada masa kami di sana, mereka mengajar kami bahasa mereka iaitu 'Tagalog' supaya komunikasi antara mereka lebih akrab. Saya juga membeli beberapa cenderamata buat saudara-mara yang lain bila balik nanti. Setelah menghabiskan satu minggu di Filipina, kami terpaksalah balik ke Sabah untuk hidup seperti biasa. Suasana semasa balik sangatlah sedih kerana kami akan merindui sepupu saya nanti.

     Minggu seterusnya, kami telah balik kampung untuk berjumpa dengan nenek. Kami disambut mesra oleh saudar-mara saya saat kami sampai di kampung. Kami telah disuruh pergi ke sawah padi setelah selesai meletakkan barang kami dalam rumah nenek. Di sana, datuk dan nenek menunggu kami dengan pakaian seorang petani. Mereka mengajar kami bagaimana menggunakan cangkul dengan betul. Di sebalik semua ini, dapatlah ilmu yang baharu dari segi Geografi.

    Selain melancong, saya menghabiskan masa yang lapang membaca novel untuk menghilangkan bosan. Saya selalu pergi ke perpustakaan untuk meminjam novel di sana. Antaa novel yang saya baca ialah 'Di Sebalik Wajah', 'Noktah Cinta', 'Darah yang Putih' dan banyak lagi. Novel-novel ini selalu saja mengagumkan para pembaca. Sistem penceritaannya begitu menarik sekali.

     Azam saya pada setiap hari cuti ialah tidak melepaskan peluang yang ada jika ia ada di depan mata. Segala yang lakukan pada hari cuti ini cukup berbaloi bagi mencukupi keperluan hidup dengan sempurna. Saya berharap agar di cuti hari yang lain dapat melakukan aktiviti lebih berfaedah.

(Hasil karangan daripada Jimmy Chua, SMK Kian Kok)

No comments:

Post a Comment