WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 19 February 2012

Karangan Pendapat

 SOALAN: Kebelakangan ini masalah disiplin para pelajar sering manjadi topik hangat dalam kalangan pelajar. Nyatakan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.


     Rakyat Malaysia selalu saja duduk di suatu tempat untuk membualkan topik yang terutamanya hangat. Masalah disiplin pelajar merupakan salah satu contoh menjadi bualan masyarakat terutamanya yang berkeluarga. Akhbar, media dan lain-lain selalu dipenuhi dengan kes-kes disiplin pelajar yang sedang berleluasa. Persoalannya, apakah yang patut pelajar lakukan bagi mengatasi masalah ini.

     Para pelajar perlu merapatkan hubungan lebih mesra dengan ibu bapa mereka. Perkara ini memudahkan para ibu bapa untuk mendidik anak meeka perkara yang jahat serta ajaran agama yang cukup. Perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka juga perlu ditingkatkan. Maka, Ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi mengawal masalah disiplin pelajar.

     Selain itu, didikan agama juga perlu diterapkan dalam kalangan pelajar yang bermasalah kerana boleh membantu pelajar kembali ke jalan yang sepatutnya.Ia dianggap sebagai pendinding daripada melakukan perkara tidak sihat. Didikan agama boleh dilakukan dari segi ceramah ataupun aktiviti kerohanian dalam sekolah. Pelajar yang mempunyai didikan agama yang tinggi pasti tidak bermasalah untuk mencapai cita-citanya.

     Di samping itu, pelajar juga harus mengurangkan masa mereka melayari internet kerana ia mempunyai sesuatu yang pemuda tidak boleh lihat. Jika pelajar melihat perkara tidak baik ini, mereka boleh meniru aksi yang dipaparkan. Pelajar juga harus memberi kerjasama kepada pihak polis jika terjumpa laman web yang tidak baik. Oleh itu, pelajar perlu mengawal masa mereka melayari internet.

     Kesimpulannya, para pelajar perlu berkerjasama dengan pihak luar bagi membendung masalah disiplin yang semakin teruk. Saya sarankan pelajar agar memilih jalan yang baik untuk hidup. Pelajar juga harus melakukan lebih banyak aktiviti yang berfaedah bagi menjaga nama sekolah serta diri sendiri.

(Hasil karangan daripada Thomas, SMK St. Martin Tambunan)

No comments:

Post a Comment