WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 6 October 2011

Karangan Pendapat

SOALAN: Pada masa ini, gejala remaja lari dari rumah semakin berleluasa.
                  Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan perkara ini berlaku.

     Remaja ialah pelajar yang berumur 12 hingga 18 tahun.Sejak akhir-akhir ini, gejala remaja lari dari rumah semakin berleluasa. Pekara sebegini berlaku kemungkinan atas punca-punca yang kita tidak pernah sedari. Pernahkah kita fikirkan apa yang menyebabkan atau punca remaja lari dari rumah.

     Pertama sekali, remaja lari dari rumah ini atas pengaruh rakan sebaya. Kadangkala pengaruh dari rakan sebaya yang kurang senonoh boleh terdedah kepada kita. Selalunya seorang pelajar yang terpengaruh dengan rakannya untuk merokok tanpa pengetahuan keluarga. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya menyumbang akan punca-punca remaja lari dari rumah.

     Kedua, keadaan yang tegang dalam keluarga juga punca remaja lari dari rumah. Fikiran yang banyak dan stres dari keluarga dapat memberi tekanan kepada remaja sehinggalah tekad untuk lari dari rumah. Ibu bapa selalu bergaduh pasti akan bertengkar antara satu sama lain yang membuatkan anak-anak mereka yang hendak belajar stres sehingga ingin lari dari rumah. Oleh itu, Keadaan tegang di rumah tidak dapat diterima oleh semua remaja sekarang.

     Ketiga, remaja yang lari dari rumah juga kerana tidak berapa selesa tinggal di rumah. Remaja pada zaman moden ini ingin semuanya lengkap untuk diri mereka. Remaja boleh terasa terhina jika rumah yang ditinggalnya itu lebih buruk daripada rumah rakannya. Oleh itu, remaja boleh lari dari rumah jika rumah ditinggalnya tidak secantik rumah rakan sebayanya.

     Akhir sekali, masalah ini juga disebabkan oleh cara ibu bapa mereka melayan mereka. Kebanyakan stres ibu bapa dilepaskan kepada anak-anak mereka. Layanan secara fizikal dan mental yang kasar paling tidak disukai oleh semua remaja. Mereka akan berasa sendirian dan tiada keluarga. Ini menyebabkan mereka lari dari rumah.Oleh itu, layanan teruk daripada ibu bapa merupakan punca utama remaja lari dari rumah.

     Kesimpulan itu, gejala ini akan cepat berleluasa jika punca-punca ini tidak dikawal dengan baik oleh individu, ibu bapa serta kerajaan. Oleh itu, sikap toleransi antara satu sama yang lain akan dapat kita  membina negara yang aman.

(Hasil karangan daripada Dexter Nathaniel, SM La Salle)

No comments:

Post a Comment