WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 4 October 2011

Karangan Wawancara

SOALAN: Andaikan anda seorang sidang redaksi sekolah. Anda telah ditugasi untuk menemu ramah seorang murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR sekolah anda.

Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

     Pada hari Jumaat, saya Ahmad Khaidir telah menemu ramah seorang pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian 8A dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Pelajar itu adalah Siti Zuraidah. Berikut adalah hasil temu ramah bersamanya.

Ahmad : Selamat pagi dan salam sejahtera kepada saudari. Saya, Ahmad wakil daripada sidang redaksi ingin bertanya suka duka saudari dan rahsia kejayaan saudari ini. Bolehkah saudari menerangkan lebih lanjut dengan persoalan dari kami ?

Siti       : Selamat pagi dan salam sejahtera kepada saudara juga. Kejayaan yang saya dapat ini semuanya daripada pemberian Tuhan serta berkat daripadaNya. Sudah semestinya saya gembira dengan semua ini. Memang pada mulanya saya agak terkejut. Tapi dengan semua yang telah saya usahakan selama ini diberi balasan yang setimpal.

Ahmad : Setahu saya, keadaan keluarga saudari agak tegang, selalu bergaduh. Bagaimanakah saudari mengatasi masalah itu dan cara belajar saudari supaya saudari senang belajar?

Siti       : Terima kasih atas soalan yang saudara berikan itu. Rahsia belajar saya mudah sekali. Ianya sebenarnya teratur kerana ia tidak terlalu rumit untuk dilakukan. Saya sering pergi ke perpustakaan negeri untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan raga untuk belajar.

Ahmad : Adakah itu sahaja cara saudari belajar selama ini untuk mendapatkan keputusan cemerlang ini?

Siti       : Bukan itu sahaja, saya juga membuat 'Study Group' dengan rakan sebaya lain di sekolah. Kami selepas sahaja tamat waktu persekolahan, kami buat 'Study Group' di pondok sekolah. Kami selalu berkongsi ilmu supaya kami semua dapat keputusan cemerlang yang sudah terkabul.

Ahmad : Bagaimana pula saudari menguruskan masa yang sibuk di sekolah dengan melakukan hobi di rumah?

Siti       : Kita semua tahu jadual waktu dapat menguruskan masa dengan teratur. Maka, saya gunakan cara itu di sekolah serta di rumah. Jadual yang saya sediakan boleh menyeimbangkan  masa belajar dan masa rehat.

Ahmad : Apa saudari mempunyai hobi yang sering dilakukan di rumah sampai menghalang saudari untuk belajar?

Siti       : Ada. Tapi saya dapat menguruskan masalah itu dengan mengikut jadual waktu yang telah saya buat.

Ahmad : Nampaknya sampai sini sahaja sesi wawancara dengan saudari. Kami sangat berterima kasih atas saudari yang sanggup meluangkan masa diwawancara.

Siti       : Sama-sama. Jumpa lagi lain hari.

(Hasil karangan daripada Mohammad Iqbal, SM La Salle)

No comments:

Post a Comment