WELCOME TO KNOWLEDGE WORLD !

PLEASE DUE TO COMMENT TO SOME POSTS ! Doesn't know Malay Language? We also have English Language too. Just check on the labels. Support us guys! This blog is all shared from knowledge of our supporter so far. All of this knowledge is according to Malaysian Syllabus.
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 17 February 2012

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

SOALAN: Buku yang anda pinjam daripada rakan telah hilang. Anda ngin memohon maaf atas kehilangan bukunya. Tuliskan surat kepadanya untuk memohon maaf kepadanya.

Kepayan Ridge, Blok A9,
Lot 13, Tingkat Bawah,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.

25 Oktober 2011.

     Menemui saudaraku Matthew Ezra yang kini berada bersama keluarga di Penampang. 

Saudara,
     Apa khabar? Kirimkan salam saya pada keluargamu. Saya sekeluarga disini sihat walafiat sahaja. Tujuan sebenar saya menulis surat ini kerana buku yang saudara pinjamkan tempoh hari hilang dari tangan saya. Saya ingin memohon maaf atas kehilangan buku itu. Saya tahu betapa bermaknanya buku itu kepada saudara. Saya berasa sangat bersalah atas kecuaian yang tidak sedari saya ini.

     Buku itu mempunyai isi yang menarik sehingga membuatkan para pembaca tidak leka membacanya. Malangnya saya tidak sempat membaca buku itu kerana buku itu sudah hilang. Oleh itu, saya berjanji akan membeli buku yang menarik bagi menggantikan buku saudara. Buku gantian itu akan saya kirimkan sejurus saudara membalas surat ini. 

     Selain itu, saya akan meluangkan masa seharian untuk mencari buku saudara yang hilang itu. Saya berharap saudara tidak berasa kecewa. Seluruh sudut rumah akan saya cari buku itu kerana ia setiap masa menganggu fikiranku. Saya akan berusaha mencari buku itu walaupun waktu tidak mengizinkan.

     Saya juga akan membayar dua kali ganda balik buku saudara dengan duit. Saya berharap duit yang saya berikan pada saudara diterima dengan ikhlas. Saya faham yang saudara akan marah besar dengan saya dan akan menolak duit itu. Saya berasa bersalah jika saudara tidak menerimanya.

      Akhir sekali, saudara boleh meminjam semua barang-barang saya supaya perkara ini adil kerana kita berdua berkongsi barang. Saya juga tidak mempedulikan jika saudara juga menghilangkan barang saya kerana saya juga pernah menghilangkan barangan saudara.

      Sekian sahaja untuk kali ini. Saya berharap saudara membalas surat ini dengan segera. Saya amat kesal dengan kecuaian saya menjaga buku saudara.

Yang benar,
Dexter

(Hasil  karangan daripada Dexter Nathaniel,SM La Salle)

2 comments: